Minggu, 29 Januari 2017

Hindari Ujub atau Lebih Baik dari Orang Lain

[ 💌 Perasaan Ujub 💌 ]

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

1. Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

2. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.

3. Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.

4. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.

5. Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.

6. Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,

7. Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya

8. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

9. Orang di media sosial, kagum dengan jumlah followers  likersnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Nabi  bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arbain)

(CahayaIslam)

Yuk cari bukunya di link berikut ini : http://bit.ly/2cbdmZu

Mau SEHAT dan SEMBUH dari Penyakit? Beli HERBALnya dapatkan kesembuhan dan diskon terbesar klik link ==> http://bit.ly/2ix6eqd

Oleh : Pusat Buku Sunnah

💬 Share yuk mudah2an teman anda mendapat faedah ilmu dari status yg anda bagikan dan menjadi pembuka pintu amal kebaikan bagi anda.. aamiin
__________________________
✏ Mau Dapat Ilmu? Gabung Yuk bersama Grup Untaian Penuh Hikmah PBS di

✅ FB : Pusat Buku Sunnah
🌎 Web : PusatBukuSunnah.com
📷 IG : pusatbukusunnah
📱 Line Id: hikmahpbs
✈  Channel Telegram : hikmahsunnah
📱 BB: 59EA8E26 (Pin Bb ke Delapan)
📱 WA : 089628224224 ketik [Gabung PBS53 Nama]

video microsoft office word How To Convert a Word documents to PDF NOW

microsoft office word 2007 how to Save as PDF format. microsoft office word How To Convert a Word documents to PDF Video's was published...